25.12.09

.: InsaN BerGelar PereMpuaN :.




Hargailah Insan Bergelar Perempuan...

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang
tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan
membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap di waktu itu solat terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..
Orang lelaki tak ada cuti daripada solat.. ..
solat wajib baginya daripada baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

p/s: seronok kan??semoga kaum hawa dapat menjadi penyeri yang terbaik buat suami...InsyaALLAH...




15.12.09

.: siFat-Sifat WaNita aHLi SyurGa :.



Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?


Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti solat, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebutkan bahawa solat adalah perkara pertama yang akan disoal pada hari Kiamat.


Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira daripada amalan hamba pada hari kiamat ialah solat; sekiranya solat itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut.Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi). Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.


Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Apabila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.


Sebuah hadis Nabi S.A.W menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)


Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi S.A.W menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"


Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib disempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi S.A.W bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.


Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar R.A meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia." Selain itu, Saidina Ali R.A meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersolat pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)


Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat. 

10.12.09

.: Petua- Petua KeSiHataN OLeh RASULULLAH S.A.W :.



1.    Mandi pagi iaitu sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.


Penerangan: Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak dalam badan daripada terkumpul sehingga mendatangkan pelbagai jenis penyakit seperti obesiti dan sebagainya. Kebanyakan mereka yang mandi pada waktu ini jarang mengalami masalah-masalah kesihatan.


2.    Minum segelas air sejuk setiap pagi.


Penerangan: Minum air sejuk pada setiap pagi dapat mengelakkan seseorang daripada terkena sebarang jenis penyakit.


3.    Bertafakur iaitu sujud dalam tempoh seminit atau beberapa minit selepas berdoa selepas menunaikan solat Subuh.


Penerangan: Ahli-ahli Sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.



4. Jangan mencampurkan makanan darat dan laut


Penerangan: Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama daging, dikhuatiri akan mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur denagn ikan, maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang bole merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Penerangan: Begitu juga ahli saintis telah menemui bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 











6.12.09

.: (^_^) :.




.: 6 PesaNan UntuK WaNita :.



Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk
kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insyaAllah:-)


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di
atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat
dalam tempoh tersebut.


2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat
Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia dan akhirat.


3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana
terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa
masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.


6. Menggalakkan suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah untuk diamalkan.

.: (^_~) :.



3.12.09

.: KeLeBIhAN-KeLeBIhAn BISMILLAH :.



1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (al-Muddatsir:30) Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan daripada 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara daripada gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

1.12.09

.: PeTua KesihaTan IbNu QayyiM :.


PETUA KESIHATAN IBNU QAYYIM R.A (ADAPTASI DARIPADA RASULULLAH)

1. Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan rungsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

2. Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).
                      
3. Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

4. Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.

 5. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, membaca al-Quran, sentiasa dalam wudhuk dan takwa.

6. Perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

 7. Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh), membaca surah Al-Waqiah sebelum tidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

8. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas subuh), sedikit mengerjakan solat, malas dan khianat.

9. Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. 

.: 4 CaRa TiDuR :.



TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Mengiring ke sebelah kanan bagi memudahkan terjaga untuk solat malam.

TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

TIDUR SYAITAN

Menelungkup atau tiarap seperti tidurnya ahli neraka.