16.4.11

.: JeNis CaNtiK :.







 Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya lah)

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta sang pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati dikalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
 renung2kan (*_^)

9.4.11

Kehebatan Ayat Kursi



Ada satu cerita,
tentang tauladan untuk dijadikan bekalan...

Suatu malam di sebuah lorong gelap di sebuah negara Barat. Seorang gadis Muslim baru pulang dari kelas pengajiannya di salah sebuah universiti terkemuka di sana. Usai selesai pengajian, gadis itu bergegas pulang.  Dia bukan sengaja mahu pulang lewat, tetapi disebabkan faktor tertentu, menjadikan beliau begitu terpaksa.

Tiba di lorong menghala ke  apartmentnya, gadis tersebut tergamam. Sunyi, sepi, lengang dan gelap gelita. Tiada apa yang dapat menjadi penghias mata, melainkan hanya ada sedikit cahaya lampu yang sekadar menandakan lorong tersebut adalah sebatang jalan. Perasaan risau, takut dan bimbang menyelinap hampir ke seluruh urat saraf, memenuhi setiap pembuluh darah yang ada ditubuhnya. Khuatir kerana memikirkan dirinya adalah seorang perempuan yang sedang bersendirian.

Namun gadis itu tetap melangkahkan kakinya melalui lorong gelap yang sunyi itu, tekad kerana kalau ditunggu tanpa sebarang tindakan, tidak akan berhasil apa-apa. Lagipun malam pula semakin tua..

Tiba-tiba, gadis tersebut terkejut bukan kepalang, kerana tidak jauh darinya ada seorang pemuda Inggeris yang sedang menanti di hadapan. Menanti siapa, entah. Lelaki tersebut kelihatan sedang berdiri, bersandar di dinding lorong dengan kepala yang tertunduk ke bawah. Dengan suara yang seakan mendengus, kakinya menguis-nguis tin minuman kosong yang ada dihadapannya. Gadis itu berkira-kira untuk lari, tetapi bila menyedari kudratnya tidak mampu untuk berbuat demikian. Langkahnya seakan mati, lututnya seperti ditambat dengan tali. Bertambah risau bila memikirkan sekiranya lelaki tersebut sememangnya sedang menunggu mangsa untuk diratah-ratah. Negara Barat memang terkenal dengan jenayah kelas satu. Ramai mafia-mafianya, mengalahkan pihak berkuasa.Gadis tersebut menangis ketakutan..

Allah swt itu Maha Pemurah dan Penyayang. Terlintas di hati gadis tersebut untuk berdoa memohon pertolongan Allah. Teringat kata-kata ustaznya sewaktu di sekolah menengah dulu ketika ustaz itu berkata, " Jika kamu berada dalam keadaan resah gelisah, takut kerana ada musibah yang bakal menimpa, bacalah ayatul Kursi, kemudian bertawakkallah kepada Allah, insyaAllah, kamu akan selamat". Dengan cepat, gadis tersebut membaca ayat Kursi dan berdoa kepada Allah swt mohon diselamatkan daripada sebarang malapetaka.

Dengan keadaan tubuh yang masih bergetar, gadis tersebut meneruskan langkah. Langkah demi langkah dan terus berjalan sehingga melewati lelaki tersebut. Syukur...tiada apa pun yang berlaku, sehinggalah beliau sampai ke apartmentnya. Dia menarik lafaz lega, seraya mengucapkan Allhamdulillah...

"Ah! fikiranku saja barangkali. Memikirkan yang bukan-bukan. Lelaki Inggeris tadi sebenarnya memang melepak di situ". Bisik hati kecilnya. Bingkas bangun dari sofa menuju ke bilik air untuk khidmat diri sebelum tidur. Usai selesai, gadis tersebut menutup lampu untuk melelapkan mata. Sebentar saja, dia pun terlena. Bertemankan kepenatan.Hanyut dalam malam yang semakin tua..

Keesokkan harinya, selepas solat subuh, gadis tersebut menghidupkan suis televisyen untuk menonton buletin pagi seperti yang biasa dia lakukan saban hari. Televisyen kecil tersebut adalah hadiah daripada seorang kenalan ayah yang kebetulan sedang bercuti di negara ini. Teruja mengetahui anak kawan baiknya berjaya melanjutkan pengajian di sini, lantas dibelikan televisyen kecil sebagai hadiah dan ucapan tahniah sewaktu datang menziarahinya sedikit masa dulu. Walaupun bukan tv berwarna, dia tetap bersyukur. Siapa yang hatinya tidak gembira bila mendapat sesuatu yang berharga secara percuma.

Dengan menonton berita, dia akan dapat mengetahui isu-isu terkini dan itulah yang akan dijadikan bekalan ke kampus sebagai modal untuk memulakan perbualan dengan rakan-rakan sekuliah. Di kaca telivisyen kecil itu, rancangan buletin sedang ke udara. Dengan penuh perhatian, dia menumpukan pandangan ke arah skrin tv hitam putih itu sambil menadahkan telinga.

Alangkah terkejutnya apabila berita utama memaparkan kes seorang gadis yang juga merupakan pelajar di universiti yang sama dengannya telah diperkosa, diliwat malah dibunuh!. Dia semakin bertambah terkedu apabila gambar di kaca tv turut memaparkan wajah si penjenayah yang disyaki melakukan perbuatan yang sangat kejam dan tragis itu saling tak tumpah seperti lelaki yang menunggu di lorong gelap yang sunyi semasa dia melalui lorong tersebut. Ya! memang lelaki itu!..Dia mengucap panjang menyebut nama Allah, Tuhan yang Esa. Bersyukur kerana diselamatkan daripada malapetaka malang tersebut. Air matanya menitis...

Bersambung...

8.4.11

Petanda Kiamat Makin Hampir



Antara perkara-perkara yang sudah pun berlaku ialah:

1)Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..

2)Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

                                           ~ dah nampak dah..

3)Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

  ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

4)Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..

5)Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…

6)Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

7)Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..

8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…

9)Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

10)Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..

11)Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..

13)Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

                    ~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wallahu a’lam

6.4.11

.: WaHai WaNita :.



Ketahuilah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja, 
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami 
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin. 
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...

Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya. 
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat Islam seluruhnya. 
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi. 
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu. 
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya. 
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, 
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya, 
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

Renung-renungkan (^_^)

.: Lelaki & Wanita :.




Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

kredit to Aku Pemuda Melayu

5.4.11

.: Pasir & Batu :.




Dikisahkan bahawa suatu hari ada dua orang sahabat baik sedang melakukan perjalanan menyeberangi padang pasir. Sampai di suatu tempat, mereka terlibat dalam perdebatan yang sengit, sahabat yang satu menampar muka sahabat yang lain. Sahabat yang ditampar merasa begitu terluka hatinya. Tanpa mengucapkan sepatah kata, lalu ia menulis di pasir :

“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPARKU”

Mereka lalu meneruskan perjalanan. Ketika dalam perjalanan berikutnya, mereka menemukan sebuah tasik lalu mandi di tasik tersebut. Tiba-tiba dengan kehendak Allah swt, orang yang ditampar tadi terjerumus ke dalam pasir jerlus dan mulai tenggelam. Sahabatnya pun datang menolong. Setelah berjaya diselamatkan, ia menulis di atas batu :

“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKANKU”

Temannya berkata, “Tadi kau menulis di pasir, sekarang kau menulis di atas batu, mengapa ?”
Lalu sahabat tadi pun menjawab, “Jika seseorang melukai hati kita, sebaiknya kita menulis kejadian itu di atas pasir agar angin pengampunan dapat menghapusnya. Namun, bila seseorang berbuat baik kepada kita, hendaknya kita mengukir peristiwa itu di atas batu sehingga angin tidak akan pernah dapat menghapusnya.” 
*
Sumber Buku :
Hikmah dari Seberang oleh Drs. Abu Abdillah Al-Husainy