27.7.11

QIYAMULLAIL PENJANA JATIDIRI MUKMIN



                 


“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
                (Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

HIKMAH QIYAMULLAIL

·  Meningkatkan keimanan individu
·  Meninggikan darjat disisi Allah
·  Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
·  Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
·  Melatih diri menjadi insan bertakwa
·  Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
·  Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
·  Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
·  Melatih diri mengharap keredhaan Allah
·  Memberi ketenangan jiwa (emosi)
·  Memberi kesihatan (fizikal)
·  Menajamkan akal fikiran
·  Meneguhkan kekuatan rohani
·  Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
·  Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .
·  Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

·  Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
·  Tenang hati dan fikirannya
·  Dimurahkan rezeki
·  Dihormati masyarakat
·  Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
·  Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
·  Dan banyak lagi  (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

   Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
   Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
            “Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”
                 H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

PANDUAN BANGUN AWAL

·  Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’
·  Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.
·  Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat
·  Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
·  Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
·  Mematuhi adab-adab tidur

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

·  Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail
“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”
H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.
·  Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
·  Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur
·  Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran
·  Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai
·  Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail
“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.
·  Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk
·  Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
·  Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

·  Solat sunat tahajjud
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
·  Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
·  Solat witir
·  Berzikir, bertasbih dan bertahmid
·  Membaca al-Quran
·  Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah..

Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati  dan merealisasikan wawasan
khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.Insyaallah..

24.7.11

Ibu bapa dipinggir kerana wang




Kebanyakan ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mereka mendapat perlindungan dan penjagaan yang terbaik.


Namun, nasib yang sama belum tentu diterima ibu bapa. Apabila usia mereka mula meniti senja, mereka dilupakan begitu sahaja.Sikap segelintir anak itu umpama Si Tanggang dalam dongeng Melayu yang melupakan ibu bapanya yang sudah tua setelah dia menjadi kaya dan berkahwin dengan puteri raja.Satu kajian yang dijalankan beberapa pensyarah Institut Kajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati dengan bilangan warga emas (60 tahun ke atas) bakal mencapai jumlah 2.2 juta orang menjelang tahun 2020, jumlah anak derhaka juga dijangka bertambah.Menurut hasil kajian 'Keperluan Sokongan Emosional Dalam Kalangan Anak Dewasa Yang Menjaga Warga Tua', lebih banyak rumah penjagaan orang tua akan tumbuh di negara ini dalam tempoh 10 tahun lagi.Pada masa ini wujud 11 buah institusi penjagaan warga emas di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat dan puluhan lagi milik pihak swasta.Pertambahan itu didorong oleh sikap anak-anak muda zaman moden yang memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah-rumah penjagaan warga emas.Ketua Penyelidik kajian itu, Prof. Dr. Rahim M. Sail berkata, masalah kewangan di kalangan anak-anak menyebabkan mereka mengambil langkah mudah dengan menjadikan ibu bapa sebagai 'korban' pengawalan perbelanjaan keluarga masing-masing."Mereka tak mahu dihantar ke rumah orang tua kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka menjadi anak derhaka."Kalau tinggal dengan anak-anak, kasih sayang lebih utuh dan mereka tahu apa yang ibu bapa hendak. Kita pun tahu apa yang mereka mahu," kata Rahim ketika ditemui Kosmo! ditemani seorang lagi penyelidik bersama, Dr. Khadijah Alavi baru-baru ini.

- KOSMO!

20.7.11

Doa Pendekat Jodoh


Insyaallah...kalau ada jodoh hati yang jauh akan menjadi dekat...

17.7.11

ORANG DAKWAH BUKA FB DAN BLOG, BUAT APA?


Entah mengapa tajuk ini saya sengaja coretkan. Kalau dari dahulu lagi saya telah fikirkan tentang ini, mungkin status FB saya tidaklah terlalu merepek dan merapu, apatah lagi menulis blog, tidaklah terlalu melalut.

Saya bukanlah tidak mahu menulis blog atau FB dengan dalil-dalil Al-Quran yang memenuhi segenap ruang, umpama membaca sekeping kertas kerja suatu seminar dakwah. Blog, bagi saya adalah ruang santai. Menceritakan keadaan manusia dan alam, sekaligus mengambil ibrah pada ayat pertama surah Al-Alaq, mafhumnya :
"Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menciptakan".

Hakikat kejadian manusia itu adalah mempelajari dari pengalaman, bukan sekadar belajar dari ilmu teori semata-mata. Hal ini jelas terbukti apabila Rasulullah SAW diutus oleh Allah Taala. Mengapa tidak Al-Quran sahaja diturunkan jika manusia itu boleh belajar dari teori? Ternyata PENGALAMAN lebih mematangkan manusia.

DAKWAH : TRADISI KEPADA REFORMASI

Bercerita tentang apakah yang dilakukan oleh orang dakwah a.k.a ustaz-ustaz dengan adanya blog dan FB, saya teringat situasi kelmarin. Penyertaan beberapa ulama' dalam mendekati golongan pemuda baru-baru ini membuatkan saya cukup-cukup tertarik. Bukan senang nak tengok ustaz sanggup turun ke kedai mamak untuk tengok bola, itulah yaang dilakukan oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua DPP Malaysia baru-baru ini.

Saya bukanlah bercakap atas dasar politik, mungkin ada yang berkata kepada saya, "Ala... DS Najib pun turun jugak! Siap pakai baju Manchester United lagi! Sume ni ada hidden agenda nih".

Memang benar. Ahli politik ada agendanya, ahli dakwah a.k.a. ustaz juga ada agendanya. Bukankah mengajak manusia untuk mencintai Allah Taala itu adalah antaara 'hidden agenda' yang sangat mulia? Bukankah ia terlalu berbeza jika mendekati golongan muda kerana ingin meraih populariti, jika dibandingkan dengan matlamat mendekati pemuda untuk dakwah?

Itulah REFORMASI dakwah. Rupa-rupanya, dakwah ini bukan sekadar menyeru, mengajak dan menyuruh orang Islam mentaati perintah Allah dengan perkataan 'mengajak', tetapi lebih dari itu. Memberi perspektif golongan dakwah juga mampu bersosial dalam batas dan syariat Allah taala juga adalah DAKWAH, bahkan itu lebih praktikal. Siapa kata golongan ustaz tak boleh duduk kedai mamak hingga dua tiga pagi?

APA ORANG DAKWAH BOLEH BUAT DENGAN BLOG DAN FB ?

Banyak cara untuk kita manfaatkan sebenarnya jika kita kaji teliti. Jika kita berada di Indonesia pada waktu ini, buku-buku yang mengupas tentang isu penggunaan Facebook di kalangan ustaz-ustaz memang ada dalam dua tiga buah. Saya tidaklah teringin untuk mendapatkan, Alhamdulillah, track blog dan FB saya masih lagi mengikut ajaran Islam. Tidaklah ada unsur-unsur maksiat. Nauzubillah.

Diantara penggunaan FB dan blog yang boleh dimanfaatkan adalah seperti berikut :

1.  Membentuk group usrah secara online. Rasanya tidak salah, kebetulan FB juga telah menyediakan ruang chatting yang cukup menarik. Apa salahnya sekali sekala kita duduk dihadapan FB sambil membincangkan tentaang isu-isu Islam?

2. Menyediakan 'al-Ayat / Al-hadith for the day' dalam ruangan status. Nabi SAW juga pernah bersabda : Sampaikanlah kamu tentang ku walaupun sepotong ayat. Siapa yang dapat membaca ayat-ayat ini, sekaligus telah memenuhi keperluan untuk menyampaikan. Sangat mudah untuk dakwah! ;)

3. Menyediakan 'online Islamic Campaign' secara sistematik. Itulah guna nya sistem 'tagging' yang wujud dalam FB. Bukanlah sepatutnya untuk kita tagged gambar-gambar sahabat kita yang tidak rela untuk dipertontonkan (sebagaimana sesetengah orang yang tidak menyukai gambarnya di 'tagged'), tetapi 'tag' poster-poster Islamik yang menarik. Paling tidak pun, boleh jadi gambar profile;) 

4. Dan banyak lagi.. Sama-sama untuk kita fikirkan untuk Islam!


credit to Muslim 24 Jam.