26.4.12

.: WaNita SoLeHaH :.



Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehahkelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar) 

RENUNG-RENUNGKAN....^_^



10.12.11

.: BeRdoALaH MeMoHoN kEPaDaNYA :.


Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).
Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)
Bila berdoa dari hati,
Lalu tangisan hadir membasahi,
Dengan menyerah diri pada Ilahi,
Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,
Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.
Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,
Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,
Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!

Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.
Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya. Allah... Allah... Allah...!


.: InDaHNya SaBaR :.


Pada suatu hari, burung-burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira.. indahnya pemandangan yang dilatari sawah padi yang menghijau saujana mata memandang.
Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya. Subhanallah. Meskipun begitu, Usop masih termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan sambil matanya terarah kepada Pak Jabit yang sedang memancing.
"Termenung apa tu Usop?!" Pak Jabit menegurnya.
"Tiada apa-apalah Pak Jabit, sedang melayan hati yang lara je ni.."
"Laaa tengah sedih ke? Kenapa? 'Ce cite ce cite'," soal Pak Jabit sambil tersengih melihat gelagat Usop.
"Panjang 'cite'nya Pak Jabit.. Saya cuba pendekkan ye.. Saya sebenarnya benar-benar terguris dengan sikap Hussien. Hussien telah memburuk-burukkan diri saya kat orang kampung meskipun saya selalu bersangka dan berbuat baik pada dia. Pernah dulu, orang kampung ada yang memburuk-burukkan nama Hussien tetapi saya sebagai seorang kawan menafikan tohmahan-tohmahan itu.. tetapi sekarang.. hm.. 'sabor jelah'," balas Usop menceritakan hal yang membuatkan hatinya kecewa.
Pak Jabit terus mendekati Usop sambil membawa beberapa ikan yang berjaya ditawannya.
"Usop, tersenyumlah! Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira.
Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tidak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini.
Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya Usop mesti tak kecewa.
Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah mensia-siakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8;
"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita."
Baikkan Allah?"
Usop mengangguk tanda setuju..
"Tidak seperti manusia. Kadang-kadang macam situasi Usop ni. Seolah-olah melepaskan anjing yang tersepit, tetapi apapun Usop, tidak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu kerana angin pun akan terus berhembus ke depan dan air pun terus mengalir ke depan..
Jadi lagi baik Usop sabar dan terus tabah. Pandanglah ke hadapan, usirkanlah kesedihan. Allah Yang Menciptakan segala-galanya pun ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan oleh manusia tidak berakal yang ingkar kepada-Nya. Nabi Muhammad S.A.W yang mulia itupun ada yang membenci serta mengejinya.
Inikan pula kita yang hanyalah seorang hamba-Nya yang biasa, yang pasti penuh kekhilafan. Anggap sajalah segala apa yang dikatakan Hussien itu satu kritikan yang membina. Anggap saja ini teguran dari Allah.
Jangan bersedih, kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkan pelbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu?
Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan sahajalah si Hussien tu. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan.
Insya-Allah apabila Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia?" Sambung Pak Jabit untuk menenangkan hati Usop.
"Terima kasih Pak Jabit! Alhamdulillah tenang hati saya mendengar nasihat Pak Jabit ni. Tidak macam doktor pencen, macam ustaz Pak Jabit ni." Ujar Usop sambil tersenyum memandang Pak Jabit.
"Sama-sama.. bukan ustaz.. Alhamdulillah apa yang Pak Jabit belajar dari ustaz-ustaz, Pak Jabit kongsikanlah pada kamu. Ini pun Pak Jabit masih seorang doktor lagi lah ni. 'Doktor hati' yang sedang merawat kamu. Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan.. Kamu pun, cubalah rajin-rajinkan sikit belajar agama. Ini tak... Asyik-asyik 'english education je'... ok?"
"Baiklah Pak Jabit, insya-Allah akan saya usahakan."
"Hmm.... tapi kan usop..," Pak Jabit melontarkan satu persoalan.
"Tapi apa? 'Ce cite ce cite'..,"soal Usop penuh penasaran
"Hmm. Pak jabit terfikir. Yelah. Terkadang rasanya sikap Hussien itu ada juga dalam diri ini. Usop hamba Allah, Pak Jabit juga hamba Allah dan semua insan tidak kira siapapun, sehebat mana pun dia, setinggi mana dia, tetap hamba Allah.
Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, dianugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi pada kita.
Tetapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurga-Nya.. Ya Allah, bila renung balik... Pak Jabit malulah pada Allah.. Malu semalu-malunya.."
"Hmm betul tu Pak Jabit. Insaf pula rasanya... Ya Allah berapa banyaklah amalan kebaikan yang telah saya lakukan ini diredhai Allah.." Sambut Usop mengiakan celoteh Pak Jabit.
"Sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tidak baik kita tolak. Sambil Pak Jabit menasihat kamu ni, Pak Jabit pun mengingatkan diri Pak Jabit sendiri yang penuh dengan kekhilafan. Moga Allah redha... dah jom balik, dah nak maghrib ni. Lepas ni jom siap-siap pergi berjemaah magrib di masjid.." ajak Pak Jabit.
"Insya-Allah. Baiklah Pak Jabit.. 'thanks' bebenor lah ye," sambut Usop sambil tersenyum simpul.


3.12.11

.: WaNita SoLeHaH PeRHiaSaN DuNia :.


.: KisaH CiNta SeoRanG WaNita Kepada ALLAH :.




Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita di muka bumi Allah yang agung ini adalah wanita yang solehah. Tiada lelaki yang tidak mahukan seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya memiliki ciri-ciri wanita solehah. Korang macam mana? Okey Lepas baca habis entri ini, sila jawab persoalan aku tu ye!
Entri ini ditulis bertujuan untuk berkongsi sebuah kisah pada zaman dahulu tentang kasih dan cintanya seorang wanita ini kepada Allah S.W.T. Mari sama-sama kita baca dan ambil iktibar dari kisah yang membuatkan mata dan hati aku menangis.
Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun kepada orang lain. Maka suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah. Peminta sedekah itu berkata, “Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu”.
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar permintaan peminta sedekah, lalu diberinya 3 keping roti. Lalu peminta sedekah itu berlalu dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan lelaki munafik tersebut lalu lelaki munafik itu bertanya kepada peminta sedekah, “Di manakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis menjawab, “Orang di rumah sana memberiku”.
Orang munafik mengetahui bahawa rumah yang dimaksudkan adalah rumahnya, lalu dia pulang dengan perasaan marah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu apa pun kepada sesiapa?” Isterinya menjawab, “Aku berikan roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T”.
Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya, maka dia menjadi sangat marah lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas. Kemudian dia berkata kepada isterinya, “Berdirilah dan campakkanlah diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”.
Isterinya akur dengan kehendak suaminya lalu memakai perhiasannya dan berhias sehingga cantik. Orang munafik itu berkata, “Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Isterinya menjawab, “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedangkan aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku (Allah)”.
Setelah itu, wanita tersebut terus terjun ke dalam dapur tempat membuat roti yang panas lalu orang munafik tesebut menutup tudung dapur dan beredar dari situ. Setelah tiga hari, orang munafik itu pun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa kecacatan pada dirinya berkat kuasa Allah.
Kemudian terdengarlah orang munafik itu suara dari langit yang berkata, “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami”.


Dari kisah ini apa yang dapat disampaikan adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan agamaNya akan terselamat dari siksaan api di dunia mahupun api neraka di akhirat kelak. Jadi mari sama-sama kita muhasabah diri di manakah kedudukan kita di sisi Allah kini? Apakah kita ada perasaan seperti wanita tersebut yang begitu cintakan Allah? Sama-sama kita renungkan.


renung2kan & selamat Beramal ^_^