30.1.10

.: Info Sihat :.



Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kecil, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisme dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun

Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

Lesu pada waktu siang

Sakit belakang

Dehidrasi

Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat

Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

21.1.10

.: Duhai WaNita :.



Seorang WANITA adalah ibarat sekuntum bunga,
kecantikannya hanya sementara sahaja.
tetapi sekiranya WANITA itu berakhalak mulia,
kecantikan akhlaknya itu tetap menawan sesiapa sahaja 
meskipun wajahnya tidak secantik mana...

.: meNguap & BersiN Menurut IslaM :.



Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamkallah'. Walaupun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. kerana apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka. (Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang itu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana perbuatan itu daripada syaitan yang mentertawakan kamu. (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin. (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutamanya ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan Alhamdulillah, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan Yarhamkallah.

5. Sunat mengucapkan Astaghfirullah selepas menguap.

SELAMAT BERAMAL!!!

20.1.10

.: seNyuM & taWa :.


 Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.

Dengan senyuman, ke manapun kita pergi, bersinarlah di sana cahaya kegembiraan. Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini. Semuanya dapat diatasi.

Senyumlah supaya alam turut tersenyum kepada kita.

Senyuman itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembang.

Jangan tertawa melihat orang jatuh, kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.


Bicaranya ...ialah senyum.

Dibawanya senyum matanya,dirasakan
hari hujan.
Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas.

Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan, jangan berjalan tanpa mempunyai maksud, jangan bertanya tentang yang tidak perlu padamu, jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain, yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal, dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.

Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.

Bersedekahlah dengan SENYUMAN ikhlas...
senyumlah...(^_^)

14.1.10

.: RumaH itu sYurGa Isteri :.



“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI…

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai

Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud…

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaat iperintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“Mana-¬mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka di akhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut(dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman¬–taman seperti taman-¬taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah. Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu bersalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”

Janji Allah kepada isteri¬-isteri yang menyusukan anak¬-anaknya…

Menurut riwayat AlHassan bin Sofwan, AtTabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasulullah s.a.w setiap teguk(satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap¬sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita mengandung(janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabilillah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-¬mula dilahirkan oleh ibunya dahulu(seperti bayi yang baru lahir).”

Kelebihan isteri-¬isteri yang menjaga anak-anaknya…

“Menjahit pakaiananak¬anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian."

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian¬-pakaian mereka dan memandikan anak¬-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri¬seri di mata orang yang melihatnya.’

SELAMAT BERAMAL...(^_^)

.: PerinGatan & amaraN uNtuK WaNita :.



1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita lari dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah ), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Kiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tiada izin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

renung-renungkan...selamat beramal..(",)



8.1.10

.: SyaitaN Kuasai MaNusia MeLalui 10 PiNtu :.




1. Melalui sifat sombong dan angkuh.
Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut.
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah swt yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak.
Allah swt berfirman bermaksud “ Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang yang takbur. (Surah an-Nahl, ayat:23).

4. Sifat khianat.
Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, malah mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.

6. Melalui sifat hasad.
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering’. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain.
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik, ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil’. (Hadis riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri.
Menurut Imam Ahmad, Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja’. ( Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal).

9. Melalui sifat suka berangan-angan.
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecermerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah swt dan manusia.

10. Melalui sifat buruk sangka.
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘ Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.’ (Hadis Riwayat Muslim)

3.1.10

.: KekuataN SeoraNg WaNita terLetak di SebaLik KeleMahanNya :.





Sabda Rasulullah SAW..
 
Jika seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu, 
berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kehormatannya 
serta dia taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah 
dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana 
sahaja yang ia kehendaki.
 
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan 
di muka bumi ini, itulah gelaran yang diberikan 
oleh Allah SWT kepada wanita. 
Sebelum kedatangan Islam di tanah Arab, 
kaum wanita dipandang serendah-rendah martabat. 
Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh 
suami masing-masing. Di dalam hal kelahiran pula, 
apabila seorang wanita itu melahirkan anak perempuan, 
itulah sebesar-besar aib yang dirasakan oleh suaminya 
hinggakan ada yang sanggup membunuh anak 
perempuan yang tidak berdosa itu.
             
Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW, 
martabat kaum wanita diangkat setinggi-tingginya 
dan penghormatan demi penghormatan diberikan 
oleh Allah SWT kepada golongan wanita.
             
Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah. 
Memerlukan perhatian, belaian dan tunjuk ajar daripada 
seorang lelaki untuk menuntun dan memandu hidupnya.
 
Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud 
kepada manusia, nescaya akan ku suruh isteri-isteri 
untuk sujud kepada suaminya. 
Itulah kata-kata daripada Rasulullah SAW.
 
 Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti 
ada kekuatannya. Ketika Rasulullah SAW 
pulang dari Gua Hira' selepas menerima wahyu 
daripada Allah melalui malaikat Jibril, 
baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah untuk 
menyelimutkannya. 
 
Khadijahlah tempat baginda kembali saat kecemasan dan 
ketakutan melandanya setelah menerima wahyu pertama. 
Kebesaran jiwa Khadijah yang sentiasa dikenang oleh baginda 
dan memberikan tempat yang paling istimewa dihatinya 
walaupun setelah baginda menikahi seorang anak dara. 
 
Begitu juga yang diperlakukan oleh baginda Rasulullah SAW 
yang sering bergurau dengan Saidatina Aisyah 
dan isteri-isterinya yang lain..
  
 Begitu juga keadaannya dengan Saidina Umar 
Al-Khatab. Ketika seorang lelaki datang 
kepadanya untuk mengadu keadaan isterinya 
yang suka membebel, 
beliau sendiri melihat Saidina Umar Al-Khatab 
berdiam diri dimarahi isterinya sendiri. 
Ketika ditanya, Saidina Umar lantas menjawab bahawa 
isterinya telah banyak berkorban untuknya, membasuhkan 
pakaiannya, memasak untuknya, melahirkan anaknya 
dan menjaga serta mendidik anaknya sedangkan itu 
adalah ehsannya terhadapnya dan bukan kewajipannya. 
Khalifah kedua tersebut juga menunjukkan rasa kasih 
dan sayang serta mesra terhadap isterinya.
           
 Ini menunjukkan kepada kita satu cara, bahawa 
para pemimpin dan pejuang mukmin sejati menggunakan 
setiap tenaganya untuk menjalankan tanggungjawabnya 
sebagai hamba dan pejuang-pejuang Allah, 
ketika tenaganya habis, 
di situ memerlukan kembali bekalan tenaga untuknya 
meneruskan perjalanan. 
Dan bekalan tenaga itu dapat diperolehi melalui kelembutan 
dan kemesraan seorang isteri. 
Kepercayaan seorang isteri, dorongan dan motivasi 
seorang isteri serta kelembutan, 
kemesraan dan kasih sayangnya terhadap suaminya 
memberikan kekuatan kepada suami untuk terus berjuang.
 
            Di belakang seorang lelaki yang berjaya, 
berdirinya seorang wanita. Tidak salah dikatakan kekuatan 
seorang wanita itu terlindung di sebalik kelemahannya.
 
sekadar renungan...(^_^) 

1.1.10

.: LapaN PaHaLa YanG dapat diNikmati seLepas MeNingGaL DuNia :.



Daripada Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik daripada manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
  • Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
  • Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  • Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

.: hepy New Year :.