30.10.09

~ reNuNgaN BersaMa ~



Ada beberapa nasihat yang baik untuk dibaca!


Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !


PERTAMA: Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA: Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.


KETIGA: Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT: Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA: Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM: Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH: Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN: Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN: Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH: Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS: Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS: Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS: Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS: Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS: Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS: Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS:Berpeganglah kepada tiga R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;2. Rasa hormat kepada orang lain;3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS: Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS: Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH: Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU: Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


Renung-renungkan,dan selamat beramal...




No comments:

Post a Comment