Sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama....
Luangkan masa kalian untuk membaca..ambil peringatan daipada kisah ini..tunjukkan kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ya Allah...lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga daripada seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 Ogos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud 'kesayanganku' jua gelaran Nabi kepada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu ayah beliau mengaharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah,doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa selama 3 tahun utk menghafal 30 juzuk kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang Hafiz atau Hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kepada adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat al-Quran dan tasmi' dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan undang-undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dgn sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam denga pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk dijaga sepanjang hari.
Hari2 yg dilaluinya dipenuhi dengan membaca al-Quran dan Qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zohor dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan Islam serta akhir sekali bertemu dgn seorg lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca surah al-Baqarah.
Pada Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pg utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau utk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dgn spontan beliau niatkan "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan dibaringkan di sana. Waktu itu, sahabat-sahabatnya telahpun 'forward messege' kpd rkn2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nmpak sudah nazak. Malah mereka sdh sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dgn izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dlm waktu qoilullah beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yg sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitrnya.
Tiba-tiba dtg seorang Hamba Allah dgn wajah yg bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali kira-kira 2 meter daripada beliau. Wajahnya Subhanallah..indah sekali tak dpt nak digambarkan. Beliau tertanya2 siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau terasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaran yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, hamba Allah itu mengatakan, "Assalamualaikum, ana Rasulullah..." Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu Baginda. Beliau nmpak dgn jelas dgn mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda. Kemudian, Nabi katakan "Enti fil Masjidi" (kamu skrg berada di masjidku, masjid Nabawi)... Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta'ala; "InnaAllahama'assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dlm lughah arab, tp diterjemahkn di sini); "Ya Syamimi, dgn berkat kesabaran enti, dgn saki yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat al-Quran yg enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nmpak ana..." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal umatnya!" Ya Rasulullah... ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian, Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat shbt2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nnti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati..ummati...ummati.." dan beliau nmpak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air mata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Kemudian beliau merintih "Jangan pergi Ya Rasulullah..." tetapi Baginda tetap pergi.Subhanallah..walaupun kita tidak pernah bersua dgn Baginda tapi Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis krn rindu kepada ummatnya atau mungkin sahaj Baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? Wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya. "Jangan pergi Ya Rasulullah..." Beliau kemudiannya menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya dan sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pd Nabi. Rasa malu pd Nabi krn kita jarang2 ingat pd Baginda sedangkan kita amat terhutang budi pada Baginda. Lebih2 lg kita sedar hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah...ketika itu tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk dirafa'kan pd Allah atas nikmat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lg utk kesakitan ini.
Usai solat Zohor, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg begitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam setiap penjuru. Kalau dulu beliau akan menangis setiap kali mengahadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatla sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w."
Kemudian, beliau tidur. Beliau terus merasakan berada di tempat yg tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ini, rasa malu sgt dgn-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah dtg empat org yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Asslamualaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah... Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar al-Khattab, Uthman bin 'Affan dan Ali.." Subhanallah...Saidina Abu Bakr memperkenalkan dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nmpak sendiri Saidina Abu Bakr yg lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para sahabat mengatakan; "kami diutuskan oleh Baginda Nabi utk membantu enti..." Kemudian kempat-empat mereka membacakan 102 surah al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan mereka mengikut apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itu yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka, mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yg (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yg mencelakakan dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yg menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yg sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah...waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dr Allah buat orang-orang yg sabar..." Kemudian para sahabat Nabi yg mulia pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bgn dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dpt bangun dan duduk dgn mudah. Kemudian, sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bgn berdiri dan Alhamdulillah...dengan mudah beliau bgn berdiri dan berjalan di sekitar bilik. "Ya Allah..penyakit ana dh sembuh" Semua sahabat yg ada di situ gembira dan menangis. Kemudian, beliau segera ke bilik air utk berwudhu'. Dengan tubuh yg 'baru' beliau sujud syukur pd Allah s.w.t. "Ya Allah kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dpt diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur dgn nikmat yg telah Engkau berikan.."
Beliau berpesan kpd kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yg mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yg diberi rezeki melihat nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nk duduk je di bilik utk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lg taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat...kalau boleh nk je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dpt merasakan beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan? mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Mengetahui. Akhir sekali, akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah r.a. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui Baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yg kecil hingga yg tua, dari hamba hingga bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya... Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika, Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata Baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakr r.a, Baginda mengatakan terlalu merindui ikhwannya...Saidina Abu Bakr sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku..ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yg beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya..(al-Ahzab:56)
p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir...daku rindu akan dirimu Ya Rasulullah...
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yg telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel dan blog sebelum ini )
Sesungguhnya kita perlu bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W...
Banyakkanlah berselawat dan berzikir..InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di akhirat kelak..Wallahua'lam (^_^)

No comments:
Post a Comment