17.7.11

ORANG DAKWAH BUKA FB DAN BLOG, BUAT APA?


Entah mengapa tajuk ini saya sengaja coretkan. Kalau dari dahulu lagi saya telah fikirkan tentang ini, mungkin status FB saya tidaklah terlalu merepek dan merapu, apatah lagi menulis blog, tidaklah terlalu melalut.

Saya bukanlah tidak mahu menulis blog atau FB dengan dalil-dalil Al-Quran yang memenuhi segenap ruang, umpama membaca sekeping kertas kerja suatu seminar dakwah. Blog, bagi saya adalah ruang santai. Menceritakan keadaan manusia dan alam, sekaligus mengambil ibrah pada ayat pertama surah Al-Alaq, mafhumnya :
"Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menciptakan".

Hakikat kejadian manusia itu adalah mempelajari dari pengalaman, bukan sekadar belajar dari ilmu teori semata-mata. Hal ini jelas terbukti apabila Rasulullah SAW diutus oleh Allah Taala. Mengapa tidak Al-Quran sahaja diturunkan jika manusia itu boleh belajar dari teori? Ternyata PENGALAMAN lebih mematangkan manusia.

DAKWAH : TRADISI KEPADA REFORMASI

Bercerita tentang apakah yang dilakukan oleh orang dakwah a.k.a ustaz-ustaz dengan adanya blog dan FB, saya teringat situasi kelmarin. Penyertaan beberapa ulama' dalam mendekati golongan pemuda baru-baru ini membuatkan saya cukup-cukup tertarik. Bukan senang nak tengok ustaz sanggup turun ke kedai mamak untuk tengok bola, itulah yaang dilakukan oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua DPP Malaysia baru-baru ini.

Saya bukanlah bercakap atas dasar politik, mungkin ada yang berkata kepada saya, "Ala... DS Najib pun turun jugak! Siap pakai baju Manchester United lagi! Sume ni ada hidden agenda nih".

Memang benar. Ahli politik ada agendanya, ahli dakwah a.k.a. ustaz juga ada agendanya. Bukankah mengajak manusia untuk mencintai Allah Taala itu adalah antaara 'hidden agenda' yang sangat mulia? Bukankah ia terlalu berbeza jika mendekati golongan muda kerana ingin meraih populariti, jika dibandingkan dengan matlamat mendekati pemuda untuk dakwah?

Itulah REFORMASI dakwah. Rupa-rupanya, dakwah ini bukan sekadar menyeru, mengajak dan menyuruh orang Islam mentaati perintah Allah dengan perkataan 'mengajak', tetapi lebih dari itu. Memberi perspektif golongan dakwah juga mampu bersosial dalam batas dan syariat Allah taala juga adalah DAKWAH, bahkan itu lebih praktikal. Siapa kata golongan ustaz tak boleh duduk kedai mamak hingga dua tiga pagi?

APA ORANG DAKWAH BOLEH BUAT DENGAN BLOG DAN FB ?

Banyak cara untuk kita manfaatkan sebenarnya jika kita kaji teliti. Jika kita berada di Indonesia pada waktu ini, buku-buku yang mengupas tentang isu penggunaan Facebook di kalangan ustaz-ustaz memang ada dalam dua tiga buah. Saya tidaklah teringin untuk mendapatkan, Alhamdulillah, track blog dan FB saya masih lagi mengikut ajaran Islam. Tidaklah ada unsur-unsur maksiat. Nauzubillah.

Diantara penggunaan FB dan blog yang boleh dimanfaatkan adalah seperti berikut :

1.  Membentuk group usrah secara online. Rasanya tidak salah, kebetulan FB juga telah menyediakan ruang chatting yang cukup menarik. Apa salahnya sekali sekala kita duduk dihadapan FB sambil membincangkan tentaang isu-isu Islam?

2. Menyediakan 'al-Ayat / Al-hadith for the day' dalam ruangan status. Nabi SAW juga pernah bersabda : Sampaikanlah kamu tentang ku walaupun sepotong ayat. Siapa yang dapat membaca ayat-ayat ini, sekaligus telah memenuhi keperluan untuk menyampaikan. Sangat mudah untuk dakwah! ;)

3. Menyediakan 'online Islamic Campaign' secara sistematik. Itulah guna nya sistem 'tagging' yang wujud dalam FB. Bukanlah sepatutnya untuk kita tagged gambar-gambar sahabat kita yang tidak rela untuk dipertontonkan (sebagaimana sesetengah orang yang tidak menyukai gambarnya di 'tagged'), tetapi 'tag' poster-poster Islamik yang menarik. Paling tidak pun, boleh jadi gambar profile;) 

4. Dan banyak lagi.. Sama-sama untuk kita fikirkan untuk Islam!


credit to Muslim 24 Jam.

1 comment: