14.9.11

Suami Pilihan





Prof.Dr. Baltaji dalam bukunya "Fiqh al-Marah" menjelaskan, ada 10 sifat suami yg hebat:
1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dlm solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah   tangganya.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama. 
3. Suami yang matang. 
4. Bertanggung jawab.
5. Suami yang ‘independent’. Berusaha gigih mencari nafkah untuk keluarga. 
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yg jelas. 
7. Melindungi anak dan isterinya. 
8. Jadilah suami serba boleh. 
9. Boleh membaca al-Quran. Boleh pula menegur isterinya membaca al-Quran. 
10.Disenangi oleh org di sekelilingnya.
Kepada wanita-wanita di luar sana, carilah calon-calon suami yang mempunyai ciri-ciri seperti ini. Kelak berkat,rahmat dan bahagia rumah tangga kalian. Hidup berumah tangga bukanlah sekadar menunaikan janji-janji yang dibuat sewaktu sebelum berkahwin dahulu. Malah, ia merupakan bermulanya satu kehidupan berpasangan yang dipenuhi pelbagai ranjau dan dugaan. Jika tiada agama, mana mungkin ada juga nur cahaya dalam keluarga. Risiklah dahulu calon-calon suami kalian menerusi rakan-rakan,masyarakat,dan sesiapa sahaja yang kalian percayai. Suami adalah penentu 'Jannah' dunia. Jika solehnya suami,solehlah juga para isteri dan anak-anak. Insyaallah.Jika bakal suami sudah mempunyai ciri-ciri yang digariskan tadi, bersyukurlah kerana dipertemukan Allah swt dengannya.Mungkin itu tanda doa kalian dimakbulkan oleh-Nya.
Albaiti Jannati.
Semoga kalian para wanita mendapat suami yang soleh dan bertanggungjawab kepada keluarga.



No comments:

Post a Comment