Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman..
No comments:
Post a Comment