6.11.09

Pelajaran daripada Imam al-Ghazali...

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang Tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji ALLAH bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Surah Al-Imran: 185)

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh daripada kita di dunia ini?

Murid 1 : Negeri China
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perkara yang berlandaskan ajaran Islam.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar tetapi yang paling besar sekali HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita supaya jangan sampai nafsu kita bawa kita ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia ini?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan ALLAH S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendirinya.

No comments:

Post a Comment