1.12.09

.: PeTua KesihaTan IbNu QayyiM :.


PETUA KESIHATAN IBNU QAYYIM R.A (ADAPTASI DARIPADA RASULULLAH)

1. Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan rungsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

2. Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).
                      
3. Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

4. Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.

 5. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, membaca al-Quran, sentiasa dalam wudhuk dan takwa.

6. Perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

 7. Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh), membaca surah Al-Waqiah sebelum tidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

8. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas subuh), sedikit mengerjakan solat, malas dan khianat.

9. Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. 

No comments:

Post a Comment