5.2.10

.: Cukuplah KemuLiaaN anda menjadi SeoranG MusLimaH :.

Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan takdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadith riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan al Quran dan sunnah nabiNya, nescaya engkau akan menjadi muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam. Sedangkan anda, dipilih oleh ALlah untuk menjadi muslimah sejati, dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad s.a.w. Anda juga termasuk orang-orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah - semoga Allah meredhai mereka semua.

Ini disampaikan kerana kita adalah wanita yang solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Selamat beramal buat saya dan kaum wanita, kerana anda redha Allah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti, dan Muhammad s.a.w. sebagai rasul yang diikuti. 
InsyaALLAH....

No comments:

Post a Comment