6.2.10

.: Di SebaLik Solat LiMa WaKtu :.


Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :" Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:

"Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu wajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuaatu kepada tuhanNya.

Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi.

Solat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Solat Isya' itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.

Solat Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir." Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.

mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu. Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:

"Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:

"Manakala solat Asar, adalah saat dimana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan., solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima.

Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

Sabda Rasullullah S.A.W.

Solat Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya' berjemaah, Allah S.W.T. haramkan daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.

Sabda Rasullullah S.A.W.

Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka

2. Dibebaskan dari nifaq. Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:"Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).

semoga solat kita selama ini diterima olah ALLAH.... ikhlaskanlah hati dalam beribadah kepadaNYA....

No comments:

Post a Comment