3.1.10

.: KekuataN SeoraNg WaNita terLetak di SebaLik KeleMahanNya :.





Sabda Rasulullah SAW..
 
Jika seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu, 
berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kehormatannya 
serta dia taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah 
dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana 
sahaja yang ia kehendaki.
 
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan 
di muka bumi ini, itulah gelaran yang diberikan 
oleh Allah SWT kepada wanita. 
Sebelum kedatangan Islam di tanah Arab, 
kaum wanita dipandang serendah-rendah martabat. 
Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh 
suami masing-masing. Di dalam hal kelahiran pula, 
apabila seorang wanita itu melahirkan anak perempuan, 
itulah sebesar-besar aib yang dirasakan oleh suaminya 
hinggakan ada yang sanggup membunuh anak 
perempuan yang tidak berdosa itu.
             
Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW, 
martabat kaum wanita diangkat setinggi-tingginya 
dan penghormatan demi penghormatan diberikan 
oleh Allah SWT kepada golongan wanita.
             
Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah. 
Memerlukan perhatian, belaian dan tunjuk ajar daripada 
seorang lelaki untuk menuntun dan memandu hidupnya.
 
Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud 
kepada manusia, nescaya akan ku suruh isteri-isteri 
untuk sujud kepada suaminya. 
Itulah kata-kata daripada Rasulullah SAW.
 
 Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti 
ada kekuatannya. Ketika Rasulullah SAW 
pulang dari Gua Hira' selepas menerima wahyu 
daripada Allah melalui malaikat Jibril, 
baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah untuk 
menyelimutkannya. 
 
Khadijahlah tempat baginda kembali saat kecemasan dan 
ketakutan melandanya setelah menerima wahyu pertama. 
Kebesaran jiwa Khadijah yang sentiasa dikenang oleh baginda 
dan memberikan tempat yang paling istimewa dihatinya 
walaupun setelah baginda menikahi seorang anak dara. 
 
Begitu juga yang diperlakukan oleh baginda Rasulullah SAW 
yang sering bergurau dengan Saidatina Aisyah 
dan isteri-isterinya yang lain..
  
 Begitu juga keadaannya dengan Saidina Umar 
Al-Khatab. Ketika seorang lelaki datang 
kepadanya untuk mengadu keadaan isterinya 
yang suka membebel, 
beliau sendiri melihat Saidina Umar Al-Khatab 
berdiam diri dimarahi isterinya sendiri. 
Ketika ditanya, Saidina Umar lantas menjawab bahawa 
isterinya telah banyak berkorban untuknya, membasuhkan 
pakaiannya, memasak untuknya, melahirkan anaknya 
dan menjaga serta mendidik anaknya sedangkan itu 
adalah ehsannya terhadapnya dan bukan kewajipannya. 
Khalifah kedua tersebut juga menunjukkan rasa kasih 
dan sayang serta mesra terhadap isterinya.
           
 Ini menunjukkan kepada kita satu cara, bahawa 
para pemimpin dan pejuang mukmin sejati menggunakan 
setiap tenaganya untuk menjalankan tanggungjawabnya 
sebagai hamba dan pejuang-pejuang Allah, 
ketika tenaganya habis, 
di situ memerlukan kembali bekalan tenaga untuknya 
meneruskan perjalanan. 
Dan bekalan tenaga itu dapat diperolehi melalui kelembutan 
dan kemesraan seorang isteri. 
Kepercayaan seorang isteri, dorongan dan motivasi 
seorang isteri serta kelembutan, 
kemesraan dan kasih sayangnya terhadap suaminya 
memberikan kekuatan kepada suami untuk terus berjuang.
 
            Di belakang seorang lelaki yang berjaya, 
berdirinya seorang wanita. Tidak salah dikatakan kekuatan 
seorang wanita itu terlindung di sebalik kelemahannya.
 
sekadar renungan...(^_^) 

No comments:

Post a Comment