8.1.10

.: SyaitaN Kuasai MaNusia MeLalui 10 PiNtu :.




1. Melalui sifat sombong dan angkuh.
Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut.
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah swt yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak.
Allah swt berfirman bermaksud “ Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang yang takbur. (Surah an-Nahl, ayat:23).

4. Sifat khianat.
Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, malah mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.

6. Melalui sifat hasad.
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering’. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain.
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik, ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil’. (Hadis riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri.
Menurut Imam Ahmad, Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja’. ( Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal).

9. Melalui sifat suka berangan-angan.
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecermerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah swt dan manusia.

10. Melalui sifat buruk sangka.
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘ Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.’ (Hadis Riwayat Muslim)

1 comment: