Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamkallah'. Walaupun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. kerana apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka. (Riwayat Imam Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang itu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana perbuatan itu daripada syaitan yang mentertawakan kamu. (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin. (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutamanya ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan Alhamdulillah, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan Yarhamkallah.
5. Sunat mengucapkan Astaghfirullah selepas menguap.
SELAMAT BERAMAL!!!
No comments:
Post a Comment